Siaran Rasmi JPNPP:
(TBA)
Pengetua & Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Menengah & Rendah,
Kuasa Penganjur,
Pek/Kumpulan/Krew Pengakap,
(Seperti dalam lampiran)
Tuan,
PENDAFTARAN KUMPULAN & KEAHLIAN PENGAKAP TAHUN 2026 (PENGUNAAN SERENTAK SMBP dan "Penang Scout Daftar"
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa pihak tuan diingatkan dan diminta untuk memperbaharui pendaftaran kumpulan dan keahlian Pengakap di sekolah tuan bagi tahun 2026. Adalah menjadi satu kesalahan menjalankan aktiviti kepengakapan tanpa pendaftaran. (Akta Parlimen 1968 : Persekutuan Pengakap Malaysia).
2) Adalah dimaklumkan bahawa mulai Tahun 2026, pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah menyediakan Sistem Maklumat Besepadu Pengakap (SMB) https://smbp.pengakapmalaysia.org/ bagi urusan pendaftaran Keahlian Dalam Talian.
3) Namun selepas mendapat makluman balas daripada kalangan Pemimpin pengakap berkenaan masalah Teknikal di SMBP, aplikasi "Penang Scout Daftar" http://daftar.penangscout.org adalah diaktif semula untuk membantu Pemimpin Pengakap yang menghadapai masalah teknikal. Pemimpin Pengakap adalah bebas untuk memilih menggunakan mana-mana sistem pendaftaran.
4) Bayaran Tunai tidak lagi dilayan mulai tahun 2017. Bayaran dengan cek hendaklah dibuat atas nama MAJLIS PENGAKAP NEGERI PULAU PINANG PENDAFTARAN. Sila rujuk kertas maklumat pendaftaran yang dikepilkan. Bayaran hendaklah dibuat menerusi Kaunter Maybank / ATM Maybank / ATM Cek Maybank / Maybank2U / Transaksi Online Bank Lain
5) Butiran bayaran adalah seperti berikut:
- Bank: Maybank atau Maybank2U
- No Akaun: 5072-4618-6224
- Nama Akaun: MPNPP-PENDAFTARAN
Kerjasama dan komitmen tuan dalam hal ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
BUTIRAN PERHUBUNG PESURUHJAYA-PESURUHJAYA DAERAH
| Maklumat Pesuruhjaya Daerah | Telefon | Alamat | |
| Daerah Balik Pulau - En Rozhan Bin Hj Yahaya |
012-4452251 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | 4-G-3, Taman Sri Indah, Tkt. Sri Genting, 11000 Balik Pulau. |
| Daerah Bukit Mertajam - En Tan Sow Sung |
012-4100545 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | SJKC Sin Ya, 14000 Bukit Mertajam |
| Daerah Butterworth - En Mohammad Sabhi Bin Othman |
019-4708009 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | SMK Bagan Jaya, 13400 Butterworth |
| Daerah Georgetown (Utara) - En Chan Kae Enn |
019-3418369 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | 257, Lebuh Kimberly, 10100 Georgetown |
| Daerah Georgetown (Selatan) - En Oi Siou Hean |
012-4898778 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | 230, Jalan Dato Kramat, 10150 Pulau Pinang. |
| Daerah Nibong Tebal - Pn. Norhayati Binti Mohamad |
012-5040716 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | 64, Jalan Murni 1, Taman Murni, 34200 Parit Buntar. |
| Daerah Bayan Lepas - En Mohd Hafife Bin Abdul Halim |
017-6635054 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | D/A Unit Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Jalan Bukit Gambir, 11700 Pulau Pinang |
BUTIRAN YURAN KEAHLIAN
Yuran Pendaftaran Keahlian adalah seperti berikut:
| Yuran Ahli Pengakap (bawah umur 18 tahun) | RM 7.00 |
| Yuran Ahli Pengakap Kelana | RM 10.00 |
| Yuran Pemimpin / Penolong Pemimpin, Persaudaraan B-P, Persaudaraan Pengakap Raja, Ahli Biasa Kumpulan | RM 30.00 |
| Yuran Pesuruhjaya / Penolong Pesuruhjaya | RM 50.00 |
| Yuran Ahli Majlis Negeri / Daerah | RM 100.00 |
PENERANGAN SERENTAK (CO-EXIST) SISTEM PENDAFTARAN KEAHLIAN:
MUAT TURUN BORANG PENDAFTARAN KUMPULAN/KREW/PEK
Borang Pendaftaran Kumpulan Pengakap (Pengakap Lebah, Kanak-kanak, Muda, Remaja)
Borang Pendaftaran Krew Pengakap Kelana / BP Guild
MUAT TURUN BORANG PENDAFTARAN PERSEORANGAN
Borang Pendaftaran Peseorangan (Dewasa)
Borang Pendaftaran Perseorangan (Murid / Pelajar)


