PERMOHONAN TELAH TUTUP - TERIMA KASIH ATAS MINAT ANDA


"OPEN-CALL"

BORANG PERMOHONAN MENJADI SUKARELAWAN JAMBORI MALAYSIA KE-15

Persekutuan Pengakap Malaysian Negeri Pulau Pinang ingin mempelawakan ahli-ahli Pengakap Kelana / Pemimpin / Pesuruhjaya / Orang Awam untuk menawarkan diri bagi menjayakan Jambori Malaysia Ke-15 (15th Malaysian Jamboree) yang akan dianjurkan di Negeri Pulau Pinang.

Butiran Penganjuran: 

Tarikh : 29 Ogos 2026 - 4 September 2026
Tempat: Bandar Cassia, Seberang Perai Selatan
Sasaran Penyertaan : lebih 6,000 ahli dari seluruh Negara dan Antarabangsa

Kategori Sukarelawan:

Kategori Tugasan Kriteria Untuk Pengakap Kriteria Untuk Bukan Pengakap
Jamboree Planning Team (JPT) - Sebagai nadi pegerak perangangan, pelaksanaan dan persediaan sebelum Jambori
- Bertugas semasa tempoh Jambori dan lapor diri sehari awal dan sehari lewat keluar

- Sekurang-kurang pemegang manikayu 2 butir
- Ahli berdaftar pada tahun semasa

- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai pengalaman dalam bidang tertentu
Jamboree Service Team (JST) - Bertugas semasa tempoh Jambori dan lapor diri sehari awal dan sehari lewat keluar - Berumur 18 tahun dan ke atas - Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai pengalaman dalam bidang tertentu

Jawatankuasa Bidang yang diperlukan (Pilihan berdasarkan kapasiti anda sendiri): 

Kewangan & Penajaan Keselamatan, Trafik & Safe From Harm (SfH) Pegawai Perhubungan, Seranta & Protokol 
Infrastruktur & Khidmat Sokongan Publisiti & Media Pengurusan Antarabangsa
Logistik Dokumentasi, Buletin & Fotografi Perasmian Pembukaan & Penutupan
Sajian Makanan Kebersihan & Keceriaan Rekaan Grafik, Kit Jambori & Cenderamata
Kesihatan, Kecemasan & Perubatan Pameran & Gerai Jualan Malam Kebudayaan & Majlis Kepengakapan
Kerohanian & Disilin Program & Aktiviti Jambori Penginapan
Hal Ehwal Wanita & Kebajikan Pengurusan Sub Kem Tadbir Urus
Pendaftaran dan Statistik Pengangkutan & Lawatan Pengurusan Sumber Manusia
  Perhubungan Khas Kepada Barisan Tertinggi Ibu Pejabat Program Identiti Georgetown

 

Terma dan Syarat:

  1. Open Call ini terbuka kepada semua Dewasa Pengakap atau Bukan Pengakap.
  2. Individu yang dipilih akan diberikan surat tawaran dan perlu menjawab penerimaan. Surat perlantikan akan diberikan selepas persetujuan penerimaan.
  3. Pihak penganjur akan menawarkan sektor / bidang tugas berdasarkan kepakaran masing-masing oleh Pihak Penganjur. Ketua-ketua Sektor Bidang akan membuat pemilihan dan mencalonkan tawaran. 
  4. Yuran RM200 akan dikenakan kepada semua JST/JPT. Yuran merangkumi Makanan, Kit Jambori (Sijil / T-shirt / Tag /Skraf), Insuran. 
  5. Penginapan akan disediakan kepada JST/JPT di SK/SMK Batu Kawan yang berjarak 800m dari Tapak Jambori.
  6. Surat Tawaran dan Surat Pelantikan akan diberikan kepada JST/JPT yang berjaya. JST/JPT perlu memohon sendiri kepada majikan untuk pelepasan / permohonan cuti semasa berkhidmat.

 Surat Hebahan: