Anugerah Khidmat Khas Bakti Mutiara
Pengakap adalah satu pergerakan belia bertaraf antarabangsa untuk melatih golongan belia dan muda-mudi agar menjadi orang yang berguna dan dapat berkhidmat untuk masuarakat dan negara. Latihannya adalah berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap serta prinsip-prinsip asas yang telah di perturunkan oleh pengasasnya Lord Baden Powell of Gilwell.
Pemimpin Pengakap merupakan tunjang kepada pergerakan pengakap yang bertungkus lumus tanpa mengira letih dan lesu dalam memimpin, membimbing dan membantu ahli-ahli pengakap dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Pemimpin seperti cikgu yang membakar diri untuk menerangi orang lain bagi memdidik dan memimpin semua ahli pengakap dibawahnya menuju arah kejayaan dan menjadi orang yang berguna.
Corona virus Covid-19 telah tercetus dengan merebak dengan pantasnya ke seluruh dunia dan telah menyebabkan kematian melebihi 500 000 orang diseluruh dunia. Semua aktiviti luar tidak dibenarkan dan ini telah menjejaskan semua aktiviti kepengakapan diseluruh dunia.
Dalam mengharungi pandemik yang melanda di seluruh dunia ini. Aktiviti kepengakapan masih diteruskan dengan norma yang baru. Para pemimpin masih berpegang dengan amanah yang diberikan dan menjalankan amanah tersebut dengan berat dan beban. Para pemimpin mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat seperti Pertandingan Kuiz Pengakap atas talian, kelas kepengakap atas talian, Ujian kepengakapan atas talian, perjumpaan kumpulan atas talian dan lain-lain lagi.
Pandemik ini tidak memutuskan semangat para pemimpin untuk terus berkhidmat untuk pengakap malah membarakan lagi semangat para pemimpin terhadap kepengakapan. Sepanjang tempoh ini, para pemimpin perlu mengharungi pelbagai cabaraan dan dugaan yang baru bagi memastikan aktiviti yang diadakan bersesuaian dengan keadaan semasa disamping mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Seturus itu, Para pemimpin mempunyai jasa yang tinggi dalam pengorbanan diri mereka dalam memastikan aktiviti kepengakapan terus bergerak tanpa kira dalam apa jua keadaaan yang berlaku bagi memastikan ahli-ahli pengakap terus bergerak aktif walaupun melalui medium maya dan atas talian.
Dengan ini, Anugerah Khas Khidmat Bakti Mutiara dirangkakan untuk dianugerahkan kepada para pemimpin yang terus berkhidmat dan menakburkan bakti sepanjang tempoh Pandemik bagi mengyanjung dan menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para pemimpin.
Penganugerahan

ANUGERAH KHAS KHIDMAT BAKTI MUTIARA
Penganugerahan: Sijil & Ribben
Penerima anugerah akan menerima Sijil dan Ribben dalam
penganugerahan ini.
Kriteria Penganugerahan
Anugerah Khidmat Khas Bakti Mutiara dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin yang bertauliah dan berdaftar pada tahun 2020, serta perlaksanaan tugasan / program dari 18/3/2020 sehingga 31/12/2020.
SETIAP INDIVIDU HANYA BOLEH MEMOHON MANA-MANA SATU KATEGORI SAHAJA.
KATEGORI A : PETUGAS BARISAN HADAPAN
- Telah berkhidmat secara sukarela sebagai petugas barisan hadapan yang diiktiraf semasa PKP seperti Polis, Tentera, Rela, Pertahanan Awam, Doktor dan Jururawat.
KATEGORI B : PEMIMPIN PENGAKAP
Bahagian A : Pilih SATU
A (i) Mengelola 2 program atau aktiviti dalam talian dengan penglibatan tidak kurang daripada 30 orang ahli pengakap bagi setiap sesi. (Boleh disertai ahli-ahli kumpulan lain)
atau
A (ii) Membantu pemimpin lain mengelola 4 program atau aktiviti dalam talian dengan penglibatan tidak kurang daripada 30 orang ahli pengakap bagi setiap sesi.
Bahagian B : Pilih SATU
B (i) Menganjurkan sekurang-kurangnya 2 kali perjumpaan untuk tidak kurang daripada 5 orang ahli untuk membantu mereka mencapai kelulusan dalam 1 Lencana Kemajuan.
atau
B (ii) Menganjurkan sekurang-kurangnya 3 kali perjumpaan untuk tidak kurang daripada 5 orang ahli untuk membantu mereka mencapai kelulusan dalam 2 Lencana Kepandaian.
atau
B (iii) Membantu pemimpin lain dalam sekurang-kurangnya 4 kali perjumpaan untuk membantu ahli mencapai kelulusan dalam Lencana Kemajuan atau Kepandaian seperti di B1 atau B2
atau
B (iv) Menjalankan tugas dalam membantu sekurang-kurangnya 1 ahli untuk mencapai Rambu PKK / PM / PR.
KATEGORI C : PESURUHJAYA PENGAKAP
- Menganjurkan sekurang-kurangnya 1 aktiviti atau program sebagai pengelola bagi portfolio masing-masing.
- Membantu sekurang-kurangnya 2 aktiviti atau program di peringkat daerah atau negeri.
Dengan ini, diharap dengan penanugerahan Anugerah Khas Khidmat Bakti Mutiara ini dapat membarakan lagi semangat para pemimpin dalam membimbing dan memimpin pengakap menuju ke arah yang lebih cemerlang dan terbilang disamping menghargai jasa dan bakti perkhidmatan yang telah ditaburkan kepada pengakap.
Sekian, terima kasih.
MUAT TURUN PANDUAN PERMOHONAN
SILA TERUSKAN PENGISIAN BORANG PENCALONAN DENGAN MERUJUK KE LANGKAH-LANGKAH SEPERTI DI BAWAH.
Dengan klik butang dibawah dan "Submit", adalah disahkan bahawa saya mengakui dan mengesahkan bahawa data yang diberikan adalah tepat dan betul. Saya faham bahawa sekiranya saya bercanggah / tidak mematuhi dengan peraturan yang ditetapkan dalam surat jemputan ke majlis ini, pihak penganjur / PPMNPP berhak membatalkan kelayakan saya dari menyertai / memasuki dewan.
DATA PERIBADI yang diberikan oleh anda kepada kami secara sukarela di laman web kami akan digunakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang (PPMNPP) untuk tujuan pemprosesan dan kegunaan yang berkaitan dengan permohonan ini. Sila ambil maklum bahawa sekiranya Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami didapati tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan anda untuk sebarang Tujuan di atas mungkin tidak diterima atau diambil tindakan atau permintaan anda untuk melihat sesetengah maklumat di Laman Web ini, atau penggunaan, atau langganan, atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPMNPP mungkin ditolak atau terjejas.
Data Peribadi yang dipegang oleh kami akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari masa ke semasa.
Semakan Status Permohonan: http://daftar.penangscout.org/akkbm-pkp/status